Terma Dan Syarat Tempahan The House Of Red Gincu



Tempahan Perkhidmatan Dekorasi Perkahwinan / Solekan Pengantin

1.     Bayaran pendahuluan (advance) boleh dibuat sejurus selepas kedua-dua pihak (THOR dan pelanggan) bersetuju dengan sebut harga yang dikeluarkan. (tiada tempoh minimum / maksimum untuk perkara ini)

2.     Bayaran baki daripada jumlah sebut harga (quotation) yang telah dipersetujui perlu diselesaikan dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh majlis / perkhidmatan.

3.     Kami tidak membenarkan pembayaran baki selepas tarikh majlis selesai.

4.     Kadar bayaran pendahuluan adalah sebanyak 30% daripada jumlah sebut harga (quotation) yang telah dipersetujui untuk pengesahan tempahan.

5.     Sekiranya bayaran pendahuluan (advance) tidak dibuat dan tempahan masih belum disahkan, pihak kami berhak untuk mengambil tempahan daripada pelanggan lain walaupun pada tarikh yang sama. (sebarang perjanjian lisan tidak akan diambil kira)

6.     Sekiranya pihak THOR perlu membuat sebarang perubahan harga (bergantung kepada perubahan harga semasa dan juga harga pembekal) selepas bayaran pendahuluan dibuat, perkara ini akan dibincangkan dan mendapat pengesahan kedua belah pihak iaitu THOR dan pelanggan.

7.     Pelanggan TIDAK DIBENARKAN membuat sebarang perubahan bagi senarai perkhidmatan yang telah ditempah (pakej) dan disenaraikan dalam resit untuk mengurangkan harga pakej setelah pembayaran pendahuluan dibuat. 

8.     Wang pendahuluan (advance) tidak akan dipulangkan sekiranya pihak pelanggan membatalkan tempahan. (tiada tempoh minimum / maksimum untuk perkara ini)

9.     Sekiranya pihak pelanggan terpaksa menukarkan tarikh majlis (tundaan tarikh) pihak kami hanya membenarkan penukaran tarikh sebanyak sekali sahaja dengan caj tambahan sebanyak RM100.

10.           Sekirannya tarikh yang pelanggan tunda tersebut penuh dan pihak pelanggan ingin membatalkan perkhidmatan, wang pendahuluan tidak akan dipulangkan.

11.          Setiap sebut harga (quotation) yang kami tawarkan atau keluarkan kepada setiap pelanggan hanyalah sah laku untuk tempahan dalam tempoh sebulan dari tarikh perbincangan. (pelanggan akan diberi sebut harga baru sekiranya masih berminat selepas tamat tempoh tawaran)

12.  Caj tambahan pengangkutan dan penginapan (jika perlu) akan dikenakan kepada pelanggan yang membuat tempatan diluar kawasan Pulau Pinang (melepasi Jambatan Pulau Pinang). Harga tersebut bergantung kepada jarak tempat dan kawasan .

13.  Pihak kami akan mengemas segala dekorasi di majlis pelanggan selepas majlis tamat. Kami tidak membenarkan dekorasi ditinggalkan di majlis pelanggan selepas majlis tamat.

14.  Jika pelanggan ingin dekorasi ditinggalkan lebih dari satu hari, caj RM200 / sehari akan dikenakan . Sebarang perubahan akan diberitahu jika terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan.

15.  Pihak THOR tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang caj tambahan yang akan dikenakan oleh pihak pengurusan hotel, dewan, homestay dan sebagainya. Semua kos tersebut adalah tanggungjawab pelanggan sendiri. 




Sewa Peralatan / Pakaian Pengantin

1.     Pihak THOR akan mengenakan caj Wang Cagaran Keselamatan (save deposit) ke atas peralatan yang disewa, sekiranya peralatan yang disewa dipulangkan tanpa sebarang kerosakan, wang cagaran keselamatan akan dipulangkan semula kepada pelanggan.

2.     Caj wang cagaran keselamatan adalah bergantung kepada peralatan yang disewa seperti dibawah :

Senarai Barang
Wang Cagaran (RM)
Aksesori Pengantin (set rantai , mahkota, cucuk sanggul etc )
RM150
Set Tanjak ( sampan, bengkung, tengkolok, brooch, rantai, keris )
RM 100
Bantal Sila
RM200
Sepasang Busana Sanding L/P
RM300 – RM 500
Busana nikah  (kurung,kurung moden) - P
RM 300
Baju Melayu
RM150
Coat / Mandarin Coat  etc
RM 250
Dress
RM 300

3.     Sekiranya ada kerosakan yang terdapat  pada peralatan yang disewa, pihak kami akan mengenakan caj ganti rugi mengikut jenis kerosakan.

4.     Pihak pelanggan perlu menyerahkan baju yang disewa kepada butik pengantin dalam tempoh 2 hari selepas majlis berlangsung.

5.     Pihak pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulangan barang yang disewa dan dihantar terus ke butik THOR. Sekiranya penghantaran dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM100/hari.



Maklumat Pembayaran

1.     Pembayaran deposit boleh dibuat menerusi akaun Public Bank / Maybank.No / CIMB akaun akan diberikan selepas anda bersetuju untuk membuat tempahan bersama dengan pihak  The House of Red Gincu. Maklumat akaun bank The House of Red Gincu adalah seperti berikut : 
     Nama Akaun:     THE HOUSE Of RED GINCU
Bank:                   MAYBANK BERHAD
Akaun Nombor: 5574 385 00515

2.     Pihak pelanggan haruslah memberikan butiran bayaran seperti berikut:
·        tarikh & waktu bayaran
·        lokasi bayaran @ cara bayaran
·        jumlah bayaran
·        no resit @ transaksi dan menghantarkan salinan resit ke email THOR di : redgincu@yahoo.com sebagai bukti pembayaran kepada pihak THOR.

3.     Pihak THOR akan menghantar slip pengesahan tempahan melalui emel anda selepas pembayaran diterima. (Pembayaran / tempahan secara online sahaja)



Maklumat Jadual Temujanji (untuk pelanggan yang mengambil perkhidmatan tempahan pakaian atau pakej penuh).

Jadual temujanji adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:

Temujanji 1
·        Perbincangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan. Sebutharga (qoutation) akan disediakan dalam tempoh seminggu dan dihantar melalui email kepada pelanggan.
·        Untuk tempahan baju, ukuran dan berat badan akan diambil.
Temujanji 2
Perbincangan kedua
Temujanji 3
Fitting Baju 1st
Temujanji 4
Fitting Baju 2nd
Temujanji 5
Final Fitting* - Pelanggan mengambil baju yang ditempah / sewa.

*Final fitting – sekiranya baju yg ditempah tidak bersesuaian dengan saiz pelanggan kerana berat badan pelanggan bertambah, pihak THOR tidak akan bertanggungjawab.
**Sebarang temujanji tambahan atas permintaan pelanggan akan dikenakan caj tambahan mengikut kadar RM20/jam**




Maklumat Am

1.     Pelanggan perlu mematuhi dan memahami serta bersetuju dengan terma & syarat yang diberikan .
2.     Pihak THOR berhak untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya pihak pelanggan tidak mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan.
3.      Butiran pada terma & syarat boleh berubah jika terdapat sebarang perubahan dari masa kesemasa.
4.     Sebarang pertanyaan, aduan, komen dan sebagainya bolehlah terus dirujuk kepada :

135 KAMPUNG BARU, 11400 AYER ITAM PENANG
NO TEL: 019-543 4377
EMAIL; redgincu@yahoo.com
WEB: thehouseofredgincu.blogspot.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...